Sesi pengauditan bermula pada jam 10.00 pagi dengan sesi penerangan dan pembentangan aktiviti 5S sepanjang tahun 2017 oleh Pengerusi Pejabat Bendahari.
Audit diteruskan dengan sesi lawatan audit ke Zon 1 dan Zon 2 disusuli dengan semakan fail Jawatankuasa Induk di Bilik Mesyuarat. Audit berakhir pada jam 1.00 tengahari.
Tahniah diucapkan kepada seluruh Warga Pejabat Bendahari di atas kejayaan mengekalkan Pensijilan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE/ 5S) Tahun 2017 buat kali ke-8. Diharap dengan kejayaan ini semua staf akan lebih bermotivasi dalam menerapkan budaya 5S dalam amalan kerja seharian. Diharapkan dengan kejayaan ini juga dapat meningkatkan produktiviti kerja staf Pejabat Bendahari.
Sesi Penerangan dan Pembentangan Aktiviti 5S Sepanjang Tahun 2017 oleh Pengerusi 5S Pejabat Bendahari
Genba Audit ke Zon 1 & Zon 2
Sesi Semakan Fail Induk Jawatankuasa 5S
Sesi Penutup dan Penemuan Audit
Kejayaan diraikan bersama Tuan Bendahari