Pada hari Isnin, 9 November 2015, telah berlangsungnya Sesi Pengauditan Pensijilan Semula Amalan Persekitaran Berkualiti Pejabat Bendahari oleh En Hafiz, wakil daripada MPC. Sesi pengauditan telah bermula dengan Sesi Pengenalan oleh Tuan Bendahari dan diteruskan dengan Sesi Pembentangan Perlaksanaan 5S Pejabat Bendahari oleh Tuan Pengerusi 5S.
Isnin, 9 November 2015
Selasa, 3 November 2015
PROGRAM RUNNING MAN 5S @ BURSARY
Pada
hari Sabtu, 31 Oktober 2015 yang lalu telah berlangsungnya Program Running Man
5S @ Bursary bertempat di sekitar Bangunan Canselori, Kampus Induk UTeM.
Program bermula pada jam 8.30 pagi dengan pendaftaran peserta seramai 30 orang
yang dibahagikan kepada 5 kumpulan.
Program
ini telah dirancang dan diuruskan sendiri oleh Jawatankuasa Promosi dengan kerjasama AJK baru dan juga
mantan AJK Promosi yang telah berpindah ke PTj luar. Program ini telah
dibahagikan kepada tiga fasa dan aktiviti seperti berikut:
ü
Fasa
1 – Aktiviti Padang (Sukom 98)
ü
Fasa
2 – Check Point (Hilghland Tower)
i.
Winter
Sonata
ii.
Jalan-jalan
Cari Makan
iii.
Aku-Punch
iv.
Spider
Web
v.
Counter
Strike Condition Zero
vi.
Lompat
Tali Gergasi
ü
Fasa
3 – Treasure Hunt (NatoaTreasure, Temu & Duga)
Khamis, 27 Ogos 2015
Lawatan 5S Pejabat Pengarah RISDA Negeri Melaka Bil.2
Pada
hari Selasa, 25 Ogos 2015 yang lalu Pejabat Bendahari sekali lagi telah
menerima Lawatan daripada Pejabat Pengarah RISDA Negeri Melaka. Pada kali ini,
lawatan seramai 15 orang pegawai dari pejabat berkenaan merupakan susulan
daripada lawatan yang lalu.
Sesi taklimat penerangan dan soal jawab telah dijalankan
di Bilik Mesyuarat Pejabat Bendahari bermula jam 9.30 pagi. Seterusnya
diteruskan dengan sesi lawatan setiap zon bermula Zon 1 hingga Zon 4. Taklimat
ringkas turut diberikan oleh ketua zon masing-masing untuk berkongsi kaedah
perlaksanaan 5S di zon masing-masing.
Selesai sesi lawatan zon selesai, para tetamu telah
dijamu selera makan tengahari di Bilik Jamuan Pejabat Bendahari. Seterusnya
sebelum berangkat pulang, diadakan sesi penyampaian cenderamata dan bergambar
antara kedua-dua pihak. Para tetamu berangkat pulang dalam jam 1.00 tengahari.
Selasa, 24 Mac 2015
Lawatan 5S Pejabat Pengarah RISDA Negeri Melaka Bil.1
Pada
hari Khamis,19 Mac 2015 yang lalu Pejabat Bendahari telah menerima Lawatan
daripada Pejabat Pengarah RISDA Negeri Melaka. Lawatan seramai 20 orang pegawai
dikalangan Jawatankuasa Penggerak 5S pejabat berkenaan bertujuan untuk
mendapatkan perkongsian pintar dalam merintis perlaksanaan amalan persekitaran
berkualiti di Pejabat Bendahari.
Sesi taklimat penerangan telah dijalankan di Bilik
Mesyuarat Pejabat Bendahari bermula jam 9.00 pagi dan telah disampaikan oleh
Tuan Pengerusi sendiri. Disamping itu, turut dijalankan sesi soal jawab serta
panduan dokumentasi antara pejabat berkenaan dengan Jawatankuasa Induk 5S
Pejabat Bendahari.
Seterusnya diteruskan dengan sesi lawatan setiap zon
bermula Zon 1 hingga Zon 4. Taklimat ringkas turut diberikan oleh ketua zon
masing-masing untuk berkongsi kaedah perlaksanaan 5S di zon masing-masing.
Tidak ketinggalan turut diperkenalkan bilik-bilik angkat di bawah seliaan zon
masing-masing disamping idea kreatif yang berjaya dihasilkan setiap zon.
Selesai sesi lawatan zon selesai, para tetamu telah
dijamu selera makan tengahari di Bilik Jamuan Pejabat Bendahari. Seterusnya
sebelum berangkat pulang, diadakan sesi penyampaian cenderamata dan bergambar
antara kedua-dua pihak. Para tetamu berangkat pulang dalam jam 1.00 tengahari.
Langgan:
Catatan (Atom)