Jumaat, 27 Disember 2013

MAJLIS PENGHARGAAN HI-TEA & PELANCARAN BAJU KORPORAT PEJABAT BENDAHARI

Pada hari Isnin, 23 Disember 2013 jam 3.00 petang yang lalu telah berlangsungnya Majlis Penghargaan Hi-Tea & Pelancaran Baju Korporat Pejabat Bendahari bertempat di Puteri Resort, Ayer Keroh.

Program yang dijayakan dengan hasil kerjasama Ahli Jawatan Kuasa 5S bersama-sama dengan Kelab KEJARI Pejabat Bendahari ini turut diisi dengan acara penyerahan cenderahati kepada mantan AJK 5S dan mantan ahli KEJARI yang telah ditugaskan ke PTj luar. Program ini juga turut mengiktiraf kemantapan ahli zon dalam menjayakan Program 5S dengan menganugerahkan Anugerah 5S Zon Terbaik, Inovasi Terbaik serta Ahli Zon Terbaik.































Jumaat, 29 November 2013

Pensijilan Semula Amalan Persekitaran Berkualiti (5S/QE) oleh Wakil MPC

Pada 15 November 2013 yang lalu, Pejabat Bendahari UTeM sekali lagi telah menjalani sesi pengauditan bagi Pensijilan Semula Amalan Persekitaran Berkualiti (QE/5S) untuk kali yang kelima. Sesi pengauditan ini dijalankan oleh wakil auditor daripada pihak Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang turut merangkumi aspek fizikal persekitaran, dokumentasi serta inovasi-inovasi pelaksanaan 5S itu sendiri.
Alhamdulillah...buat kali kelima ini Pejabat Bendahari sekali lagi telah berjaya mendapat Pensijilan Semula Amalan Persekitaran Berkualiti (QE/5S) dengan markah yang begitu cemerlang hasil kolaborasi Pihak Pengurusan Tertinggi, Ahli Jawatankuasa Induk serta komitmen yang begitu jitu dari ahli zon sendiri.






Jumaat, 5 Julai 2013

Tahniah - Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013!!!

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2013. Penerima APC seramai 6 orang ini telah mewakili warga Pejabat Bendahari yang secara keseluruhannya telah memberikan prestasi kerja yang terbaik serta komited dalam pelbagai aspek.
Majlis APC 2013 ini telah berlangsung pada 5 Julai 2013 bertempat di Dewan Besar UTeM. Diharapkan dengan anugerah yang diberikan dapat menyuntik semangat rakan-rakan untuk bersama-sama meningkatkan prestasi dalam perkhidmatan awam khususnya di Pejabat Bendahari UTeM.
Berikut merupakan paparan gambar penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2013 yang disampaikan oleh Y.Bhg. Naib Canselor serta diiringi oleh Tuan Pendaftar serta Tuan Bendahari UTeM.