Jumaat, 7 Disember 2012

Lawatan Penandaarasan Amalan 5S - UNIKL, Johor Bahru

Pada 13 Julai 2012, Pejabat Bendahari Universiti Teknikal Malaysia Melaka telah sekali lagi menerima lawatan penandaarasan daripada pihak luar. Pada kali ini, lawatan daripada UNIKL, JOHOR BAHRU yang terdiri daripada 16 orang adalah bertujuan untuk mempelajari dan mendapatkan gambaran jelas pelaksanaan 5S yang telah diamalkan oleh staf Pejabat Bendahari.


En. Khairi Amri bin Mohamad selaku Pengerusi 5S memberikan penerangan berhubung Amalan 5S di Pejabat Bendahari UTeM.


Lawatan ke persekitaran Pejabat Bendahari UTeM bagi menyaksikan Amalan 5S yang dijalankan.



Lawatan Penandaarasan Amalan 5S - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Pejabat Bendahari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menerima Lawatan Penandaarasan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 10 April 2012.

Lawatan seramai 25 orang ini bertujuan untuk mendapat gambaran lebih jelas mengenai bagaimana 5S dilaksanakan dan memperluaskan pendedahan bagi pelaksanaan amalan 5S di Pejabat Bendahari.




Pn. Noraini binti Zabidin selaku Timbalan Bendahari Kanan (Memangku) bersama-sama Pegawai Kewangan yang lain turut sama memberikan penerangan tentang pelaksaan 5S di sekitar Pejabat Bendahari UTeM.







Rabu, 21 Mac 2012

Pensijilan Semula Amalan Persekitaran Berkualiti (5S/QE) oleh Wakil MPC


Pejabat Bendahari, Universiti Teknikal Malaysia Melaka ( UTeM ) telah memperolehi kecermelangan semasa pengauditan bagi pensijilan semula Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) yang telah dilaksanakan pada 5 Mac 2012.