Khamis, 1 Mac 2012

Anugerah Emas Di Konvensyen Persekitaran Kualiti (5S)


Pejabat Bendahari, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah memperolehi Anugerah Emas 3 bintang di Konvensyen Persekitaran Kualiti (5S) Peringkat Wilayah 2011 yang diadakan pada 6 hingga 7 Julai 2011 di The Zon Regency Hotel, Johor Bahru. Seterusnya melayakkan ke pertandingan peringkat kebangsaan.





Pejabat Bendahari, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah berjaya mendapat Anugerah Emas (Kategori Sektor Awam - Badan Berkanun Persekutuan) di Konvensyen Persekitaran Kualiti (5S) Peringkat Kebangsaan 2011 yang diadakan di Sunway Resort Hotel & Spa, Petaling Jaya pada 19 hingga 20 Oktober 2011. Konvensyen ini telah menghimpunkan 40 organisasi 5S terbaik seluruh Malaysia ke pertandingan akhir. Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat. Kejayaan yang cemerlang ini akan menjadi percikan semangat kepada semua untuk meneruskan program 5S. Semoga kejayaan ini akan menjadi pemangkin kepada pejabat lain mengaplikasikan 5S. Kejayaan ini adalah berkat sokongan pihak Pengurusan Tertinggi UTeM.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan