Selasa, 24 Mac 2015

Lawatan 5S Pejabat Pengarah RISDA Negeri Melaka Bil.1

Pada hari Khamis,19 Mac 2015 yang lalu Pejabat Bendahari telah menerima Lawatan daripada Pejabat Pengarah RISDA Negeri Melaka. Lawatan seramai 20 orang pegawai dikalangan Jawatankuasa Penggerak 5S pejabat berkenaan bertujuan untuk mendapatkan perkongsian pintar dalam merintis perlaksanaan amalan persekitaran berkualiti di Pejabat Bendahari.

            Sesi taklimat penerangan telah dijalankan di Bilik Mesyuarat Pejabat Bendahari bermula jam 9.00 pagi dan telah disampaikan oleh Tuan Pengerusi sendiri. Disamping itu, turut dijalankan sesi soal jawab serta panduan dokumentasi antara pejabat berkenaan dengan Jawatankuasa Induk 5S Pejabat Bendahari.

            Seterusnya diteruskan dengan sesi lawatan setiap zon bermula Zon 1 hingga Zon 4. Taklimat ringkas turut diberikan oleh ketua zon masing-masing untuk berkongsi kaedah perlaksanaan 5S di zon masing-masing. Tidak ketinggalan turut diperkenalkan bilik-bilik angkat di bawah seliaan zon masing-masing disamping idea kreatif yang berjaya dihasilkan setiap zon.


            Selesai sesi lawatan zon selesai, para tetamu telah dijamu selera makan tengahari di Bilik Jamuan Pejabat Bendahari. Seterusnya sebelum berangkat pulang, diadakan sesi penyampaian cenderamata dan bergambar antara kedua-dua pihak. Para tetamu berangkat pulang dalam jam 1.00 tengahari.















Tiada ulasan:

Catat Ulasan