Isnin, 5 Disember 2016

AUDIT DALAMAN 5S

Audit Dalaman yang dijalankan bagi memastikan konsep 5S iaitu Sentiasa Amal menjadi budaya staf Pejabat Bendahari.

                                    



 


                                  
 



 












 
 

 
 
 
 

PROGRAM GOTONG-ROYONG SAYANGI PEJABAT BENDAHARI


Jawatankuasa Promosi 5S telah mengadakan aktiviti Gotong-Royong ’Sayangi Pejabat Bendahari’ pada 22 Oktober 2016 (Sabtu) bertempat di ruang pejabat dan persekitaran Pejabat Bendahari. Program ini dijalankan bertujuan untuk menceriakan persekitaran Pejabat Bendahari dan seterusnya membudayakan amalan 5S secara berterusan.
Program ini dijalankan dengan kerjasama Ketua Zon Salahuddin Al-Ayubi dan Zon Hamka dan dibantu oleh ahli-ahli zon masing-masing. Program yang bermula pada jam 9.00 pagi telah dimulakan dengan taklimat dan pembahagian tugas oleh Ketua Zon dengan pelaksanaan kerja-kerja seperti menyisih, menyusun, membersihkan, mengecat dan lain-lain kerja bagi menceriakan zon masing-masing.
Aktiviti gotong-royong ini berakhir kira-kira jam 5.00 petang. Kerja-kerja yang tidak dapat diselesaikan pada hari tersebut telah diteruskan pada minggu seterusnya selepas tamat waktu bekerja.
             Keseluruhannya, aktiviti gotong-royong ini telah berjalan dengan lancar. Semua ahli zon berganding bahu dalam memastikan keadaan zon masing-masing berada dalam keadaan ceria dan bersih. Ini sekaligus dapat memastikan ruang kerja dan persekitaran pejabat dalam keadaan teratur dan kemas serta meningkatkan kualiti kerja selain dapat membentuk sikap  kerjasama di kalangan ahli zon.
 
GAMBAR GOTONG-ROYONG DI ZON SALAHUDDIN AL-AYUBI







 

 
GAMBAR GOTONG-ROYONG DI ZON HAMKA

 
 



 
 


 

 

Ahad, 4 Disember 2016

PENGANJURAN KUIZ SIRI 1 DAN 2




Jawatankuasa Promosi 5S telah menganjurkan Kuiz 5S yang telah diadakan sebanyak dua siri  iaitu pada 10 Oktober 2016 (Isnin) dan 24 Oktober 2016 (Isnin) bertempat di ruang tazkirah Pejabat Bendahari. Penganjuran kuiz ini merupakan salah satu usaha Jawatankuasa Promosi 5S bagi mempromosikan segala aktiviti amalan persekitaran berkualiti yang dilaksanakan di Pejabat Bendahari di samping dapat meningkatkan pengetahuan staf dalam  Amalan Persekitaran Berkualiti 5S yang diamalkan di Pejabat Bendahari.
 Sebanyak 10 soalan telah disediakan oleh pihak Jawatankuasa bagi setiap sesi Kuiz. Peserta yang menjawab dengan kadar terpantas dan memberikan jawapan yang tepat dikira sebagai pemenang.
Keseluruhannya penganjuran kuiz ini dapat menguji minda staf Pejabat Bendahari tentang pengetahuan dalam mengamalkan 5S di Pejabat Bendahari. Selain daripada itu, ianya secara tidak langsung dapat memberi pendedahan kepada staf baru berkenaan amalan 5S.
 
GAMBAR-GAMBAR KUIZ SIRI 1 (10 OKTOBER 2016)
 
  

                               

 
 
GAMBAR-GAMBAR KUIZ SIRI 2 (24 OKTOBER 2016)