Khamis, 27 Disember 2012

Audit Dalaman 5S

Pada 20 Disember 2012 telah berlangsungnya Siri Pengauditan Ruang Kerja kali Ke-2 di keseluruhan Pejabat Bendahari bagi memastikan budaya amalan persekiataran berkualiti terus dipraktikkan dan sentiasa ditambahbaik.

Audit ini telah dijalankan sendiri oleh Jawatankuasa Audit 5S Pejabat Bendahari berdasarkan skema pengauditan yang turut merangkumi kebersihan dan keceriaan ruang kerja, pemantauan bilik angkat, sudut informasi dan inovasi, serta lain-lain lagi.







Isnin, 10 Disember 2012

Lawatan Penandaarasan 5S - JABATAN UKUR & PEMETAAN (JUPEM), KEDAH

Pada 7 Disember 2012, Pejabat Bendahari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menerima lawatan penandaarasan 5S daripada Jabatan Ukur & Pemetaan (JUPEM), Kedah.

Lawatan seramai 42 orang ini bertujuan untuk berkongsi maklumat dan pengalaman dalam mempraktikkan amalan 5S di sekitar ruang kerja serta bagi mempelbagaikan idea-idea kreativiti dan inovasi dalam mempertingkatkan kualiti mahupun memudahkan proses kerja harian.
Taklimat 5S telah diberikan oleh En. Khairi Amri bin Mohamad  selaku Pengerusi 5S Pejabat Bendahari UTeM yang berlangsung di Dewan Auditorium Bangunan Canselori.












Jumaat, 7 Disember 2012

Lawatan Penandaarasan 5S - UiTM Kampus Johor Bahru

Pada 8 November 2012, Pejabat Bendahari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menerima lawatan penandaarasan daripada UiTM Johor Bahru yang terdiri seramai 30 orang.


Lawatan ini bukan sahaja bertujuan untuk berkongsi pengalaman berhubung pelaksanaan 5S di Pejabat Bendahari bahkan turut menaikkan semangat kedua-dua pihak untuk terus melaksanakan amalan 5S ini.









Anugerah Emas - Konvensyen QE 2012 Peringkat Kebangsaan

Pejabat Bendahari, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah berjaya mendapat Anugerah Emas (Kategori Sektor Awam - Badan Berkanun Persekutuan) di Konvensyen Persekitaran Kualiti (5S) Peringkat Kebangsaan 2012 yang telah diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 15 hingga 17 Oktober 2012.

Konvensyen ini telah menghimpunkan 63 organisasi 5S terbaik seluruh Malaysia ke pertandingan akhir.


Pembentangan Amalan Persekitaran Berkualiti Pejabat Bendahari UTeM ini telah dibentangkan oleh Siti Fatimah Zahra binti Hasan dan Khairul Anwar bin Abdul Tahrim dan turut dibantu oleh Suriyanty binti Kasban.








Lawatan Penandaarasan 5S - Kolej Komuniti Masjid Tanah, Melaka

Pejabat Bendahari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menerima Lawatan Penandaarasan dari Kolej Komuniti Masjid Tanah, Melaka pada 8 Oktober 2012.

Lawatan seramai 25 orang ini bertujuan untuk mendapat gambaran lebih jelas mengenai amalan 5S yang dilaksanakan disamping berkongsi pengalaman supaya dapat mempelbagaikankan kaedah amalan persekitaran berkualiti ini.







Anugerah 3 Bintang - Konvensyen QE 2012 Wilayah Selatan

Pada 17-18 Julai 2012 yang lalu, Pejabat Bendahari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menyertai Konvensyen QE 2012 Peringkat Wilayah Selatan bertempat di Hotel Renaissance Melaka.

Peringkat saringan ini turut disertai oleh 24 organisasi yang lain dalam melayakkan penyertaan ke Konvensyen QE 2012 Peringkat Kebangsaaan yang dijangka berlangsung dalam bulan Oktober 2012 nanti.





  Pejabat Bendahari, UTeM telah sekali lagi memperolehi Anugerah 3 Bintang dalam konvensyen tersebut seterusnya melayakkan penyertaan di peringkat kebangsaan kelak.