Khamis, 18 Januari 2018

TAHNIAH SELURUH WARGA PEJABAT BENDAHARI DI ATAS KEJAYAAN MENGEKALKAN PENSIJILAN AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI (QE/ 5S) TAHUN 2017

Audit Pensijilan Semula Amalan Persekitaran Berkualiti (QE/ 5S) Pejabat Bendahari telah dijalankan pada 17 Januari 2018. Pihak MPC telah dipanggil bagi menjalankan audit di Pejabat Bendahari.

Sesi pengauditan bermula pada jam 10.00 pagi dengan sesi penerangan dan pembentangan aktiviti 5S sepanjang tahun 2017 oleh Pengerusi Pejabat Bendahari.

Audit diteruskan dengan sesi lawatan audit ke Zon 1 dan Zon 2 disusuli dengan semakan fail Jawatankuasa Induk di Bilik Mesyuarat. Audit berakhir pada jam 1.00 tengahari.

Tahniah diucapkan kepada seluruh Warga Pejabat Bendahari di atas kejayaan mengekalkan Pensijilan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE/ 5S) Tahun 2017 buat kali ke-8. Diharap dengan kejayaan ini semua staf akan lebih bermotivasi dalam menerapkan budaya 5S dalam amalan kerja seharian. Diharapkan dengan kejayaan ini juga dapat meningkatkan produktiviti kerja staf Pejabat Bendahari.


Sesi Penerangan dan Pembentangan Aktiviti 5S Sepanjang Tahun 2017 oleh Pengerusi 5S Pejabat Bendahari

 

 

 
Genba Audit ke Zon 1 & Zon 2
 









 
Sesi Semakan Fail Induk Jawatankuasa 5S 
 
 
 
Sesi Penutup dan Penemuan Audit
 



 
 
Kejayaan diraikan bersama Tuan Bendahari