Isnin, 9 November 2015

AUDIT PENSIJILAN SEMULA AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI 5S PEJABAT BENDAHARI

     Pada hari Isnin, 9 November 2015, telah berlangsungnya Sesi Pengauditan Pensijilan Semula Amalan Persekitaran Berkualiti Pejabat Bendahari oleh En Hafiz, wakil daripada MPC. Sesi pengauditan telah bermula dengan Sesi Pengenalan oleh Tuan Bendahari dan diteruskan dengan Sesi Pembentangan Perlaksanaan 5S Pejabat Bendahari oleh Tuan Pengerusi 5S.







Selasa, 3 November 2015

PROGRAM RUNNING MAN 5S @ BURSARY

Pada hari Sabtu, 31 Oktober 2015 yang lalu telah berlangsungnya Program Running Man 5S @ Bursary bertempat di sekitar Bangunan Canselori, Kampus Induk UTeM. Program bermula pada jam 8.30 pagi dengan pendaftaran peserta seramai 30 orang yang dibahagikan kepada 5 kumpulan.

Program ini telah dirancang dan diuruskan sendiri oleh Jawatankuasa  Promosi dengan kerjasama AJK baru dan juga mantan AJK Promosi yang telah berpindah ke PTj luar. Program ini telah dibahagikan kepada tiga fasa dan aktiviti seperti berikut:

ü  Fasa 1 – Aktiviti Padang (Sukom 98)

ü  Fasa 2 – Check Point (Hilghland Tower)
                                              i.        Winter Sonata
                                             ii.        Jalan-jalan Cari Makan
                                            iii.        Aku-Punch
                                           iv.        Spider Web
                                            v.        Counter Strike Condition Zero
                                           vi.        Lompat Tali Gergasi


ü  Fasa 3 – Treasure Hunt (NatoaTreasure, Temu & Duga)




      





















Khamis, 27 Ogos 2015

Lawatan 5S Pejabat Pengarah RISDA Negeri Melaka Bil.2

Pada hari Selasa, 25 Ogos 2015 yang lalu Pejabat Bendahari sekali lagi telah menerima Lawatan daripada Pejabat Pengarah RISDA Negeri Melaka. Pada kali ini, lawatan seramai 15 orang pegawai dari pejabat berkenaan merupakan susulan daripada lawatan yang lalu.

            Sesi taklimat penerangan dan soal jawab telah dijalankan di Bilik Mesyuarat Pejabat Bendahari bermula jam 9.30 pagi. Seterusnya diteruskan dengan sesi lawatan setiap zon bermula Zon 1 hingga Zon 4. Taklimat ringkas turut diberikan oleh ketua zon masing-masing untuk berkongsi kaedah perlaksanaan 5S di zon masing-masing.


            Selesai sesi lawatan zon selesai, para tetamu telah dijamu selera makan tengahari di Bilik Jamuan Pejabat Bendahari. Seterusnya sebelum berangkat pulang, diadakan sesi penyampaian cenderamata dan bergambar antara kedua-dua pihak. Para tetamu berangkat pulang dalam jam 1.00 tengahari.









Selasa, 24 Mac 2015

Lawatan 5S Pejabat Pengarah RISDA Negeri Melaka Bil.1

Pada hari Khamis,19 Mac 2015 yang lalu Pejabat Bendahari telah menerima Lawatan daripada Pejabat Pengarah RISDA Negeri Melaka. Lawatan seramai 20 orang pegawai dikalangan Jawatankuasa Penggerak 5S pejabat berkenaan bertujuan untuk mendapatkan perkongsian pintar dalam merintis perlaksanaan amalan persekitaran berkualiti di Pejabat Bendahari.

            Sesi taklimat penerangan telah dijalankan di Bilik Mesyuarat Pejabat Bendahari bermula jam 9.00 pagi dan telah disampaikan oleh Tuan Pengerusi sendiri. Disamping itu, turut dijalankan sesi soal jawab serta panduan dokumentasi antara pejabat berkenaan dengan Jawatankuasa Induk 5S Pejabat Bendahari.

            Seterusnya diteruskan dengan sesi lawatan setiap zon bermula Zon 1 hingga Zon 4. Taklimat ringkas turut diberikan oleh ketua zon masing-masing untuk berkongsi kaedah perlaksanaan 5S di zon masing-masing. Tidak ketinggalan turut diperkenalkan bilik-bilik angkat di bawah seliaan zon masing-masing disamping idea kreatif yang berjaya dihasilkan setiap zon.


            Selesai sesi lawatan zon selesai, para tetamu telah dijamu selera makan tengahari di Bilik Jamuan Pejabat Bendahari. Seterusnya sebelum berangkat pulang, diadakan sesi penyampaian cenderamata dan bergambar antara kedua-dua pihak. Para tetamu berangkat pulang dalam jam 1.00 tengahari.