Jawatankuasa
Promosi 5S telah mengadakan aktiviti Gotong-Royong ’Sayangi Pejabat Bendahari’
pada 22 Oktober 2016 (Sabtu) bertempat di ruang pejabat dan persekitaran
Pejabat Bendahari. Program ini dijalankan bertujuan untuk menceriakan
persekitaran Pejabat Bendahari dan seterusnya membudayakan amalan 5S secara berterusan.
Program ini dijalankan dengan kerjasama Ketua Zon
Salahuddin Al-Ayubi dan Zon Hamka dan dibantu oleh ahli-ahli zon masing-masing.
Program yang bermula pada jam 9.00 pagi telah dimulakan dengan taklimat dan
pembahagian tugas oleh Ketua Zon dengan pelaksanaan kerja-kerja seperti
menyisih, menyusun, membersihkan, mengecat dan lain-lain kerja bagi menceriakan
zon masing-masing.
Aktiviti gotong-royong ini berakhir kira-kira jam 5.00
petang. Kerja-kerja yang tidak dapat diselesaikan pada hari tersebut telah
diteruskan pada minggu seterusnya selepas tamat waktu bekerja.
Keseluruhannya, aktiviti
gotong-royong ini telah berjalan dengan lancar. Semua ahli zon berganding bahu
dalam memastikan keadaan zon masing-masing berada dalam keadaan ceria dan
bersih. Ini sekaligus dapat memastikan ruang kerja
dan persekitaran pejabat dalam keadaan teratur dan kemas serta meningkatkan kualiti
kerja selain dapat membentuk sikap kerjasama
di kalangan ahli zon.
GAMBAR GOTONG-ROYONG DI ZON SALAHUDDIN AL-AYUBI
GAMBAR GOTONG-ROYONG DI ZON HAMKA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan