Isnin, 10 Disember 2012

Lawatan Penandaarasan 5S - JABATAN UKUR & PEMETAAN (JUPEM), KEDAH

Pada 7 Disember 2012, Pejabat Bendahari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menerima lawatan penandaarasan 5S daripada Jabatan Ukur & Pemetaan (JUPEM), Kedah.

Lawatan seramai 42 orang ini bertujuan untuk berkongsi maklumat dan pengalaman dalam mempraktikkan amalan 5S di sekitar ruang kerja serta bagi mempelbagaikan idea-idea kreativiti dan inovasi dalam mempertingkatkan kualiti mahupun memudahkan proses kerja harian.
Taklimat 5S telah diberikan oleh En. Khairi Amri bin Mohamad  selaku Pengerusi 5S Pejabat Bendahari UTeM yang berlangsung di Dewan Auditorium Bangunan Canselori.












Tiada ulasan:

Catat Ulasan