Khamis, 11 April 2013

Lawatan Penandaarasan Amalan Quality Environment Transformation System (QETS) ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Ketua Menteri Melaka


Pada 13 Mac 2013, Pejabat Bendahari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah mengadakan Lawatan Penandaarasan Amalan Quality Environment Transformation System (QETS) ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Ketua Menteri Melaka. Lawatan seramai 25 orang yang tiba pada jam 9.00 pagi ini telah disambut dengan begitu mesra daripada kalangan staf Jabatan tersebut.

Tujuan utama lawatan ini diadakan adalah untuk berkongsi maklumat dan pengalaman dalam mempraktikkan amalan QE di sekitar ruang kerja serta bagi mempelbagaikan idea-idea kreativiti dan inovasi dalam mempertingkatkan kualiti kerja dan persekitaran.

Peserta lawatan telah melahirkan rasa kagum dengan komitmen yang ditonjolkan antara pihak pengurusan dengan staf jabatan ini dalam memastikan amalan persekitaran berkualiti ini dipraktikkan sepenuhnya seterusnya menjadikan jabatan ini sebagai benchmark kepada jabatan-jabatan lain.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan