Khamis, 27 Ogos 2015

Lawatan 5S Pejabat Pengarah RISDA Negeri Melaka Bil.2

Pada hari Selasa, 25 Ogos 2015 yang lalu Pejabat Bendahari sekali lagi telah menerima Lawatan daripada Pejabat Pengarah RISDA Negeri Melaka. Pada kali ini, lawatan seramai 15 orang pegawai dari pejabat berkenaan merupakan susulan daripada lawatan yang lalu.

            Sesi taklimat penerangan dan soal jawab telah dijalankan di Bilik Mesyuarat Pejabat Bendahari bermula jam 9.30 pagi. Seterusnya diteruskan dengan sesi lawatan setiap zon bermula Zon 1 hingga Zon 4. Taklimat ringkas turut diberikan oleh ketua zon masing-masing untuk berkongsi kaedah perlaksanaan 5S di zon masing-masing.


            Selesai sesi lawatan zon selesai, para tetamu telah dijamu selera makan tengahari di Bilik Jamuan Pejabat Bendahari. Seterusnya sebelum berangkat pulang, diadakan sesi penyampaian cenderamata dan bergambar antara kedua-dua pihak. Para tetamu berangkat pulang dalam jam 1.00 tengahari.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan